Tuesday, 25 November 2014

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA PENCETUS REVOLUSI


Mencari timba si anak dara,                    

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,               

Selamat datang untuk semua.


Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya bersifat “ulat buku” tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan “akar pokok” yang sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. Guru ibarat sebatang pensil warna yang akan mencorak warna warni kehidupan anak muridnya. Blog ini diwujudkan dengan berkonsep modul interaksi dengan dimuat naik kemahiran dan latihan seiring peredaran era globalisasi yang mendepani zaman, khususnya untuk adik-adik prasekolah. Ianya memberi manfaat dan berkongsi idea perihal pendidikan seterusnya membantu para pendidik dan juga bakal pendidik.

No comments:

Post a Comment